Categories
SELANGOR

Peluang menangi Iphone 6S menerusi JomPAY

OLEH : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Sebanyak tiga Iphone 6S ditawarkan kepada tiga pemenang menerusi Kempen Bayaran Kompaun dan Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata tawaran itu hanya untuk mereka yang membayar melalui saluran atas talian (online), JomPAY bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2016.

Katanya, hadiah lain termasuk wang tunai bernilai RM4,000 bagi dua pemenang dan baucher tunai bernilai RM1,000 kepada 20 pemenang.

MBSA01“Kita mahu menggalakkan orang ramai menjelaskan kompaun dan cukai taksiran melalui saluran JomPAY.

“Dengan ini, mereka juga tidak perlu bersusah payah menunggu di kaunter,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai hanya perlu mendaftar masuk ke portal bank kemudian masukkan biller code 7567 bagi bayaran Cukai Taksiran dan biller code 6726 bagi bayaran Kompaun.

Nombor akaun baru cukai taksiran atau nombor kompaun juga perlu dimasukkan pada ref1, nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran.

Untuk sebarang pertanyaan, Seksyen Pengurusan Hasil boleh dihubungi di talian 03-55222882 atau 03-55105133 sambungan 1477, 1657 dan 1658.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang MBSA di www.mbsa.gov.my.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.