Categories
SELANGOR

Pembangunan atasi banjir dipergiat, RM80 juta diperuntuk

OLEH: HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 19 JULAI: Kerajaan Negeri giat menjalankan program pembangunan mengatasi masalah banjir di negeri itu sejak kira-kira dua tahun lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program terbabit dijalankan dan antara usaha dijalankan adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dipertanggungjawabkan bagi pengendalian kolam takungan.

“Kita memang mengambil inisiatif sejak kira-kira dua tahun lalu khususnya kolam takungan yang sebelum ini tidak ditentukan pihak mana ┬áharus bertanggungjawab sama ada JPS atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerajaan Negeri membuat keputusan ia perlu dikendalikan JPS dan kita peruntukkan RM80 juta bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggaranya,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai banjir yang berlaku khususnya Shah Alam dan Klang sejak akhir-akhir ini.

Katanya, proses kerja dijalankan JPS sedang bermula tetapi tentunya tidak boleh selesaikan dalam tempoh singkat.

“Bagaimanapun terdapat kawasan yang kini diatasi masalah itu manakala selebihnya sedang melalui proses berkenaan.

“Namun kita memang tidak mahu masalah banjir ini berulang kerana ia akan menjejaskan ekonomi,” katanya.

Beliau menambah terdapat lebih 300 kolam takungan di seluruh Selangor dan keputusan mengenai pengendalian itu kepada JPS dibuat selepas pelantikan sebagai Menteri Besar pada 2014.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.