Categories
SELANGOR

Pembangunan semula gerai dan jeti Tanjung Sepat, penduduk peroleh laba

OLEH: HAFIZAN TAIB

KUALA LANGAT, 1 JULAI: Pembangunan semula gerai makanan laut dan pembinaan jeti Tanjung Sepat, di sini, bakal mendatangkan manfaat kepada penduduk tempatan dengan peningkatan kehadiran pelancong.

Ahli Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Wong Kim Loon, berkata Kerajaan Negeri pada September tahun lalu bersetuju memberi peruntukan bagi pembinaan jeti yang runtuh pada 2013 sekali gus pembangunan semula kawasan tumpuan pelancong berkenaan.

Wong“Pembangunan semula kawasan itu dijangka akan dapat meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke Tanjung Sepat dalam jangka masa panjang dan pengunjung berpeluang berehat serta beriadah di kawasan wakaf berhadapan pemandangan laut apabila ia siap kelak.

“MDKL juga akan menimbangkan untuk memberi keutamaan berniaga kepada peniaga sedia ada di medan selera yang akan dibina itu,” katanya.

Wong berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Kampung Tanjung Sepat, Tai Hoo Chong serta Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Kuala Langat dan Sepang, Lim Lip Suan.

Sebelum ini timbul salah faham berhubung perkara itu ekoran kenyataan media yang kurang tepat serta penyampaian maklumat mengelirukan peniaga daripada pihak luar.

Katanya, tapak restoran makanan laut itu adalah tanah rizab kerajaan dan perniagaan dijalankan diberi status kebenaran menduduki sementara (TOL) daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDTKL) yang tamat tempoh pada tahun lalu.

IMG_0135“Sehubungan itu lesenj peringaan di atas tanah kerajaan itu telah dibatalkan berikutan perubahan status tanah dan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula di kawasan itu.

“Dakwaan berkaitan tanah adalah milik peniaga adalah tidak berasas,” katanya.

Wong menjelaskan, peniaga boleh berniaga di tapak perniagaan sementara terletak di hadapan lokasi lama dicadangkan tetapi mereka perlu membuat permohonan TOL kepada PDTKL.

Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), PDTKL, MDKL serta Kerajaan Negeri sepakat untuk membuat pembangunan semula di kawasan itu yang lebih teratur dan selesa bagi meudahan masyarakat setempat.

“Rancangan pembangunan semula meliputi pembinaan dua unit kedai makanan berkonsep medan selera berkeluasan 4,800 kaki persegi dengan ruang makan lebih besar daripada sebelumnya serta kemudahan lain.

“Kita berharap peniaga bersabar sepanjang tempoh pembangunan semula itu yang dijangka siap menjelang penghujung Januari tahun hadapan,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.