Categories
SELANGOR

Pemilik premis makanan diminta tingkat kebersihan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 JULAI: Semua Jabatan Kesihatan di seluruh 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dinasihatkan memantau dan memastikan pemilik premis makanan menjalankan pembersihan menyeluruh bagi mengelak perosak serangga khususnya lipas.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata serangga seperti lipas adalah berisiko dan membahayakan kesihatan.

“Walau hanya seekor lipas boleh mengakibatkan masalah kesihatan kritikal yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

“Awal tahu ini, semua PBT diarahkan memandang serius tahap kebersihan dengan kehaidran lipas di premis makanan berikutan aduan diterima daripada pengguna,” katanya dipetik The Star.

Serangga lipas adalah berbahaya kerana ia membawa bakteria yang tidak hanya menjangkiti makanan tetapi juga peralatan dapur dan permukaan meja.

Selain itu, katanya, pemilik gerai di medan selera juga diarahkan mengeluarkan semua peralatan memasak bagi memudahkan membasuh kawasan dapur.

“Air liur lipas boleh mendorong reaksi alahan yang mencetuskan ruam kulit, kerengsaan hidung dan mata.

“Apabila dihidu, bakteria daripada lipas juga boleh mencetuskan serangan asma,” katanya.

Dr Daroyah juga menasihatkan pemilik kedai makan tidak menghidangkan makanan terdedah dan kekal semalaman kepada pelanggan dan sentiasa memastikan dapur dalam keadaan bersih sebelum ditutup untuk hari tersebut.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.