Categories
NASIONAL

Perasmian Sukma Sarawak 2016 meriah walau dalam hujan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 23 JULAI: Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 2016 dirasmikan dalam majlis penuh gemilang di Stadium Negeri Sarawak di sini malam ini.

Acara perasmian disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dengan ucapan ringkas diikuti tembakan meriam.

Ia disusuli nyalaan obor secara simbolik oleh mantan atlet negara dari Sarawak, Watson Nyambek dan Tania Bugo serta acara pengibaran bendera juga lafaz ikrar kejohanan dilakukan sekumpulan atlet yang menyertainya.

Majlis berlangsung dalam hujan itu berjalan lancar dengan hampir semua hadirin tidak berganjak hingga ke akhir.

Beberapa acara bagi memeriahkan majlis diadakan antaranya nyanyian lagu kejohanan, pertunjukan bunga api, pertunjukan kebudayaan, perarakan kontijen bertanding dan yang lain.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Adenan Satem; Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong serta kenamaan lain.

Khairy Jamaluddin dan Adenan juga menyampaikan ucapan sebelum majlis perasmian dijalankan.

Kejohanan kali ini bermula pada 22 hingga 31 Julai ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.