Categories
SELANGOR

Perkemas pertahanan, perhebat serangan hadapi cabaran Piala Malaysia

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JUL: The Red GiantsĀ tidak memandang enteng lawan dalam kumpulan B Piala Malaysia yang bakal membuka tirai pada 12 Julai ini.

Pengurusnya, Amirudin Shari, berkata pasukanĀ akan tetap melakukan persiapan rapi terutama di bahagian serangan dan pertahanan.

AMIRUDIN“Kita lihat cabaran perit bersaing dengan Kuala Lumpur, Pahang FC dan Kelantan dalam kumpulan B.

“Walau atas kertas kita dilihat ada peluang, hakikatnya dalam pertandingan apa sahaja boleh berlaku.

“England pun dikalahkan Iceland,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui ketika menghadiri sidang media Piala FKK Kali Ke-5 di Kelab Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata tiada sebarang keputusan dicapai setakat ini dalam isu perpindahan pemain pertahanan kebangsaan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

“Kita sedang berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan ia menjurus ke arah penyelesaian menang-menang.

“Paling penting kita harus pastikan Selangor tidak alami kelemahan ketara di bahagian berkenaan jika Azrief dibenarkan keluar,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.