Categories
SELANGOR

PKNS F.C gesa pandu berhati pulang beraya di kampung

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 JUL: Pasukan Liga Perdana PKNS F.C mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh negara khususnya kepada para penyokongnya.

“Diharap peminat berhati-hati memandu balik kampung dan jangan lupa teruskan menyokong PKNS yang sekarang bermain di Stadium Shah Alam.

“Stadium Shah Alam lebih dekat lagi, tak perlu bersusah nak Melaka lagi. Saya berharap penyertaan PKNS dalam Piala Malaysia nanti membuahkan hasil,” kata Pengurus Pasukan PKNS F.C, Mahfizul Rusydin Abd Rashid kepada SelangorKini di sini.

Ketika menyentuh cuti raya bagi pemainnya, Mahfizul memberitahu, pemain menyambung latihan pada hari raya ketiga bagi membuat persiapan menentang Johor Darul Ta’zim pada 12 Julai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.