Categories
SELANGOR

Raja Muda fokus pacu pembangunan belia

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI UDANG, 19 JULAI : Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah terus fokus memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan belia di seluruh negeri.

Baginda bertitah, usaha tersebut dizahirkan menerusi projek pembangunan Youth Community untuk menggerakkan prospek kemajuan belia di Selangor.

“Kita akan terus menggerakkan Youth sebagai platform membangunkan golongan belia di Selangor.

Raja Muda“Antara inisiatif tersebut termasuklah komitmen organisasi ini untuk turun padang menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan di seluruh negeri,” titah baginda Raja Muda.

Tengku Amir bercakap kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Muda di Kem Terendak, Melaka pagi ini.

Dalam perkembangan sama, baginda turut mengulas rangka pertemuannya bersama Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail minggu lalu bagi membincangkan prospek kemajuan belia Selangor dan Johor.

“Dalam pertemuan bersama TMJ, kami berkongsi pandangan dan pengetahuan berhubung isu pembangunan belia melibatkan kedua-dua negeri.

“Ia sangat menarik kerana hasil pertemuan itu juga beta mendapat idea dan pengalaman daripada TMJ atas inisiatif yang digerakkannya seperti pembangunan bola sepak dan banyak lagi,” titah Raja Muda.

Sebelum ini Raja Muda mewujudkan Youth Community sebagai platform baginda mendekatkan diri dengan golongan belia Selangor.

Antara gerak kerja di bawah komuniti tersebut termasuklah aktiviti kesenian di kawasan perbandaran Shah Alam.

Selain itu, Youth Community sentiasa turun padang melakukan aktiviti kemasyarakatan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan memerlukan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.