Categories
SELANGOR

Rakyat terus sokong dasar dibawa Mohamed Azmin

SHAH ALAM, 30 JUN: Rata-rata rakyat menyokong dasar dibawa Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sepanjang dua tahun pentadbirannya bagi memastikan kemajuan Selangor berterusan.

Kakitangan Swasta, Farhan Yasin, berkata Azmin mempunyai pembawakan imej tersendiri serta lebih profesional disamping beliau juga seorang Menteri Besar muda membuatkan penerimaan anak muda lebih ramai.

“Dari segi pengurusan juga dapat lihat lebih bagus dan teratur tetapi perlu lebih banyak idea dan polisi baru untuk menunjukkan Selangor ini sebagai negeri paling maju.

Azmin Rakyat“Sasaran SmartSelangor dibawa Mohamed Azmin juga bagus dan sangat luas, cuma konsepnya perlu diperincikan sebagai contoh perlaksanaan Wifi Percuma Selangorku, hotspotnya perlu diperbanyakkan lagi bukan sahaja di kawasan bandar malah didesa.

“Kemudian kelajuan hotspot itu sendiri juga perlu diteliti kerana kualiti wifi itu sendiri yang paling untuk kegunaan rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Penolong Perpustaan, Nor Elmin Sapuan, berkata pentadbiran dibawah Mohamed Azmin Ali berjaya membawa Selangor ke tahap lebih baik, dan menjadikannya negeri terbaik di negara ini.

“Sebagai rakyat, kita dapat lihat visi dibawa untuk negeri ini kerana biasanya pemimpin memang banyak idea tetapi Mohamed Azmin mampu menjelaskan kepada orang di bawah apa yang cuba dilaksanakan dan dicapai.

“Saya sebagai penjawat awam juga menyokong segala usaha dan kerja keras beliau demi memajukan Selangor,” katanya.

Pembantu Operasi, Yusaini Isan, 44, berkata Mohamed Azmin seorang Menteri Besar yang mesra rakyat dan rajin turun ke padang untuk bersama denga rakyat.

“Apabila beliau rajin turun padang, beliau dapat merasakan kesusahan dan kesulitan rakyat membuatkan beliau lebih prihatin.

“Pemberian bonus sebulan setengah jadi itu menunjukkan beliau prihatin meringankan beban kami berpendapatan sederhana kerana musim perayaan bakal tiba harga barang meningkat apabila ditambah dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.

Sebelum itu, tinjauan Merdeka Center mendapati 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Mohamed Azmin.

Berdasarkan kajian badan penyelidik itu mendapati seramai 51 peratus berpuas hati manakala 14 peratus lagi sangat berpuas hati.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.