Categories
SELANGOR

Red Giants bawa pulang satu mata berharga

OLEH AFIX REDZUAN

GEORGETOWN, 23 JULAI: Selangor berjaya mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga Liga Super meskipun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya.

The Red Giants bangkit mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan yang berlangsung lewat 30 minit akibat hujan lebat meskipun gagal mendapat rentak di awal permainan.

Pasukan tuan rumah Pulau Pinang tampil garang di babak pertama dengan merencana beberapa serangan.

13697054_1137801702958986_5444088570122434580_nUsaha keras mereka akhirnya berhasil apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi Jeong Seok Min yang berjaya menguis masuk percubaan Mohd Fitri Omar dari sebelah kiri bagi menewaskan Mohd Khairuazhan Khalid.

Selangor kembali bangkit mencari gol penyamaan dan hasilnya Patrick Ronaldinho Wleh sekali lagi menambah koleksi jaringan peribadi apabila berjaya menanduk kemas hantaran Mauro Olivi pada minit ke-33.

Patrick Ronaldinho berpeluang melebarkan kedudukan jaringan Selangor pada minit ke-43 namun penyerang tinggi lampai itu gagal menyambut hantaran lintang Ahmad Hazwan Bakri dari sebelah kanan.

Tiada sebarang tambahan jaringan disaksikan bersambung babak kedua, meskipun kedua-dua pasukan saling mengasak.

Sebaliknya aksi tegang berlangsung pada 15 minit terakhir permainan hingga memaksa pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob memberikan amaran kepada pemain bagi mengawal keadaan.

Dengan keputusan ini Selangor mengumpul 26 mata di belakang pendahulu Johor Darul Takzim (JDT) dengan 36 mata sambil diikuti Felda United (34 mata).

BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Super :

Pulau Pinang 1-1 Selangor

Kedah 1-0 T-Team

Kelantan 0-0 Pahang

Perak 2-0 Terengganu

PDRM 1-2 Felda United 2

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.