Categories
SELANGOR

Red Giants mampu bangkit esok

OLEH AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 29 JULAI: Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari yakin Selangor mampu bangkit dan kembali mengutip mata penuh mengetepikan cabaran Pahang di Kuantan esok.

Beliau berkata, Selangor sebelum ini sekadar mencatatkan keputusan seri dan tewas 1-2 ketika bertemu KL Felda United tempoh hari.

“Saya rasa boleh (bangkit) kerana kita bukan tewas dengan angka yang sangat buruk walaupun sebahagian penyokong marah dan kita berharap penyerang dapat melakukan sesuatu.

“Saya percaya kita masih pada landasan betul dalam Piala Malaysia. Cuma saingan liga kita agak tertinggal namun saya percaya kita akan mengekalkan kedudukan atau cuba bangkit memintas di saat akhir,” katanya kepada Selangor Kini.

THE RED GIANTSKatanya, jadual permainan yang padat selain kecederaan beberapa tonggak utama sedikit sebanyak menjejaskan rentak Selangor.

Namun, Amirudin yakin pemain sedia ada mampu bangkit meskipun terpaksa mengharungi jadul padat pada Ogos ini.

Selangor akan meneruskan kempen TM Piala Malaysia bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur esok.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.