Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar

KUALA LUMPUR 25 JULAI: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila minat risiko peniaga terus menyokong mata wang dan aset AS.

Pada jam 9.08 pagi, unit tempatan itu disebut kepada 4.0810/0860 berbanding 4.0535/0595 berbanding dolar AS pada penutup Jumaat, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata data ekonomi AS yakin baru-baru ini, ditambah kepada prospek kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS jangka masa terdekat memberi suntikan kepada dolar AS.

Ringgit juga lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9946/0002 pada awal dagangan daripada 2.9891/9937 pada Jumaat, susut berbanding yen kepada 3.8240/8305 dari 3.8223/8290.

Berbanding pound, ringgit juga lebih lemah kepada 5.3559/3641 daripada 5.3194/3281 Jumaat lalu dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.4695/4766 daripada 4.4686/4768 sebelumnya. –

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.