Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM800 juta bina dua LRA, atasi kelewatan Persekutuan siapkan Langat 2

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 26 JULAI: Kerja pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 bakal dimulakan pada masa terdekat bagi mengelakkan berlakunya krisis bekalan air ekoran kelewatan projek Kerajaan Persekutuan iaitu LRA Langat 2 disiapkan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata projek LRA Semenyih 2 itu merupakan salah satu pembinaan LRA baru seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Pembinaan LRA Semenyih 2 bermula pada masa terdekat kerana proses tender terbuka selesai dan kita keluarkan dokumentasi untuk perolehan atau tender ini dan kerja ini bermula pada masa terdekat bagi menampung kelewatan LRA Langat 2 yang merupakan projek Kerajaan Persekutuan.

Pelancaran projek penggantian Paip Air Lama di Selangor, KL dan Putrajaya 2016 - MB Azmin (ASRI) (10)“Sepatutnya projek ini siap pada 2017 bagi menampung permintaan industri dan juga pengguna domestik di Selangor.

“Namun kita agak kecewa kerana projek ini lewat dan saya dimaklumkan hanya siap pada 2019 dan bagi menampung kemungkinan berlakunya krisis air, Kerajaan Negeri terpaksa membelanjakan RM800 juta bagi memastikan tiada masalah gangguan air pada masa akan datang,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, di sini, hari ini.

Jelasnya, projek LRA Semenyih 2 dan LRA Labuhan Dagang ini dibiayai dengan menggunakan dana rizab Kerajaan Negeri.

Ia selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu supaya rizab tinggi diterjemahkan dalam bentuk pembangunan yang memberi kesan langsung kepada rakyat negeri termaju itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.