Categories
SELANGOR

Rumah Selangorku bantu rakyat realisasi miliki kediaman

OLEH : HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 20 JULAI: Projek pembinaan Rumah Selangorku mendapat respon positif masyarakat dan menyifatkannya banyak membantu khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah.

Tinjauan SelangorKini mendapati rata-rata pihak awam penyokong projek Kerajaan Negeri itu apabila ia menepati kehendak majoriti rakyat yang menginginkan kediaman dengan harga mampu milik.

Hamidon Jashim, 57, berkata usaha dirintis Kerajaan Negeri itu baik dan wajar bagi orang ramai khususnya golongan sasaran mengambil peluang itu dengan memohon bagi memiliki Rumah Selangorku itu.

hamidon“Saya sendiri berminat membeli dan memiliki rumah baru dlancarkan ini.

“Ia sesuai dengan keperluan dan berpatutan dari segi harga mengikut kategori ditetapkan,” kata pegawai kerajaan yang menetap di kawasan ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melancarkan Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama di sini, semalam yang dijalankan secara usahasama antara Kerajaan Negeri dan syarikat pembangunan hartanah, Hillcrest Gardens Sdn Bhd.

Sebanyak 1.162 unit rumah dibina dalam projek itu dengan tigsa kategori iaitu B dengan keluasan 750 kaki persegi, C2 (900 kps) dan D (1,000 kps) berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

hakimiSeorang bakal pembeli, Mohd Hakimi Abdullah, 37, berkata, projek Rumah Selangorku dengan harga patut mampu mengatasi masalah pemilikan kediaman yang sebelum ini dihadapi orang ramai ekoran terdapat pemaju yang meletakkan harga tinggi.

“Memang ramai yang berminat dengan projek ini dan saya juga berminat untuk membeli.

“Semoga banyak lagi projek seperti ini dijalankan demi kebaikan pihak memerlukan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.