Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rumah Selangorku tepati konsep Indeks Bangunan Hijau, pertama di Malaysia

OLEH : HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 19 JULAI: Pembangunan rumah Selangorku dijayakan Kerajaan Negeri di Taman Puchong Utama di sini, dibina menepati konsep Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) dan ia adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata berdasarkan rekod cemerlang Hillcrest Gardens dalam pembangunan hartanah, Kerajaan Negeri bersetuju menjalin kerjasama secara perkongsian pintar itu.

Projek pembangunan rumah mampu milik itu hasil usahasama Kerajaan Negeri dan syarikat pembangunan hartanah, Hillcrest Gardens Sdn Bhd (Hillcrest Gardens) dijalankan di kawasan berhampiran pembangunan bandar Taman Pucohng Utama dengan tersedia pelbagai kemudahan antaranya sekolah, terminal bas, pasaraya pukal dan sebagainya.

Rumah Selangorku“Sebanyak 1,162 unit rumah Selangorku akan dibina dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Yang uniknya ia menepati ciri ditetapkan untuk mendapatkan persijilan Indek Bangunan Hijau yang dianugerahkan buat kali pertama di Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesediaan Hillcrest Gardens melaksanakan pembangunan rumah mampu milik itu dengan konsep berkenaan mencerminkan hasrat mereka bersesuaian dengan motto ‘keuntungan bersama tanggungjawab sosial’ (Profitability With Social Responsibility).

Projek pembangunan rumah Selangorku di kawasan ini dibina tiga kategori iaitu B dengan keluasan 750 kaki persegi, C2 (900kps) dan D (1,000kps) berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.