Categories
SELANGOR

Rumah terbuka Eidul Fitri Exco meriah

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 JUL: Majlis Rumah Terbuka Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu pelbagai peringkat masyarakat  sejak jam 8.00 pagi lagi.

Amirudin berkata, majlis rumah terbuka anjuran bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor itu turut menjemput golongan orang kena pantau (OKP).

20160717_113656“Pada rumah terbuka ini saya selaku Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor turut menjemput orang kena pantau (OKP) untuk diberikan sumbangan raya yang kita kelolakan.

“Alhamdullilah, dengan kehadiran ramai tetamu yang ada pada hari ini kita dapat mengeratkan silatulrahim sesama saudara dan rakan taulan di Aidilfitri yang mulia ini.

“Mungkin jarang orang buat rumah terbuka dengan sarapan pagi pada waktu pagi. Sebenarnya saya buat pada waktu pagi sebab nak cari ruang kosong dan tidak bertembung dengan rumah terbuka di tempat lain, maklumlah pada hari minggu begini memang banyak rumah terbuka,” katanya pada majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Kediaman Exco di sini, hari ini.

Walaupun berkonsepkan rumah terbuka ‘breakfast’ raya, juadah wajib hari raya seperti rendang, ketupat, kuah lodeh, pelbagai kuih raya dan lain-lain juga dihidangkan pada majlis terbabit.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin; Setiusaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim, pemain bola sepak Liga Super Selangor dan beberapa wakil rakyat lain.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.