Categories
SELANGOR

Rumah terbuka Selangor beri peluang peserta HIJRAH tambah pendapatan

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU KLANG, 9 JULAI: Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor yang diadakan hari ini turut memberi peluang kepada 25 peserta Hijrah Selangor menjana pendapatan tambahan.

Eksekutif Khidmat Profesional Hijrah Selangor, Abdul Aziz Dahalan, berkata hal ini ekoran peserta Hijrah terbabit diberi peluang menyajikan hidangan masing-masing.

logo-hijrah-selangor“Ini memang sebahagian program Hijrah Selangor untuk memberi peluang kepada mereka mendapatkan kontrak Kerajaan Negeri yang bersesuaian,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada majlis yang berlangsung di Padang MPAJ AU2, Taman Sri Keramat, di sini hari ini.

Katanya, peniaga kecil terbabit turut berpeluang mempromosi produk masing-masing kepada tetamu yang hadir.

Tinjauan SelangorKini mendapati antara juadah rumah terbuka itu termasuklah ayam golek, nasi beryani, nasi minyak, nasi hujan panas, murtabak, cendol, pelbagai bubur dan banyak lagi.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.