Categories
NASIONAL

Sebuah transformer LNG di Bintulu terbakar

MIRI 30 JULAI : Sebuah daripada transformer di Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu terbakar pada 9.40 pagi ini. ‎

Dalam satu kenyataan, Jabatan Hal Ehwal Awam Malaysia LNG Sdn Bhd berkata kebakaran dipadamkan oleh pasukan bomba dan penyelamat syarikat itu sendiri pada 10 pagi dan semua kerja disambung semula selepas 10.15 pagi.

KEBAKARAN pencawang di dalam kawasan loji PETRONAS MLNG di Bintulu. GAMBAR: BH ONLINE
KEBAKARAN pencawang di dalam kawasan loji PETRONAS MLNG di Bintulu. GAMBAR: BH ONLINE

“Tiada sebarang kecederaan berikutan insiden itu,” menurut kenyataan ringkas syarikat berkenaan dipetik BERNAMA.

Kenyataan itu seterusnya menyebut bahawa pengeluaran LNG tidak terjejas dan punca insiden itu kini disiasat.

Gambar kebakaran itu yang menjadi viral dalam Facebook dan media sosial menjadikan sebahagian daripada warga siber yang tinggal di Bintulu menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

Sementara itu BH Online melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Chiew Ching Sing, berkata mengikut laporan awal, kebakaran itu berlaku dipercayai akibat satu letupan.

“Mulanya, kakitangan MLNG menyangka ia latihan kebakaran, tetapi selepas diperiksa ia kejadian yang sebenar, bukannya latihan.

“Mujur tiada sesiapa yang cedera dalam insiden itu,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.