Categories
SELANGOR

Sedia hadapi saingan Piala Malaysia, ‘UK’ bisa baru The Red Giants

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JULAI: The Red Giants mengesahkan khidmat pemain baharu Ugo Ukah, 32, bagi meneruskan cabaran Liga Malaysia, bermula bulan ini.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hasan, berkata jendela pemindahan pemain dirangka sejak Jun lalu diyakini mampu menguatkan lagi jentera pertahanan pasukan Juara Piala Malaysia 2015 itu.

Zainal Abidin“Pemain ini sudah menjalani latihan bersama pasukan Selangor selama seminggu dan setakat ini prestasi yang ditunjukkan beliau cukup baik.

“Kita harap beliau dapat membantu pertahanan pasukan kita berdasarkan pengalamannya yang pernah beraksi di Eropah sebelum ini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana perlawanan akhir Euro 2016 di Gastro Seksyen 20, malam tadi.

Ugo Ukah, sinonim dengan panggilan ‘UK’ sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Nigeria sebelum menamatkan kontrak akhir bersama pasukan Liga Greece, AEL Kalloni.

ugo ukahBeliau menggantikan pemain kelahiran Australia, Robert Cornthwaite yang tamat kontrak bersama pasukan Selangor awal tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Zainal berkata pasukan Selangor optimis menjanjikan persembahan terbaik menjelang saingan Liga Malaysia bertemu Kuala Lumpur.

Beliau berkata, beberapa percaturan dan taktikal baru sudah diatur bagi memburu misi mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.

“Kita memerlukan mata yang amat penting kerana dua pasukan saja yang akan layak untuk pusingan seterusnya.

“Jadi, kelebihan di tempat sendiri harus diambil kira kerana matlamat kita untuk terus konsisten mengekalkan Selangor sebagai juara Liga Malaysia,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.