Categories
SELANGOR

Selangor dahului Persekutuan laksana Skim sewa milik

OLEH : HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 19 JULAI: Kerajaan Negeri mendahului Kerajaan Persekutuan sejak dua tahun lalu melaksanakan skim sewa dan milik bagi membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat menyaksikan program terbabit dilaksanakan dan ia dimulakan di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, tahun lalu.

“Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM10 juta pada 2014 dan tambahan RM10 juta lagi pada Ogos tahun lalu.

Rumah Selangorku“Maka kita sediakan RM20 juta bagi membantu mereka berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah melalui skim sewa dan milik ini,” katanya kepada media selepas Majlis pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian menyentuh cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pelaksanaan skim berkenaan yang telah dipelopori Kerajaan Negeri.

“Ia masih cadangan dan kertas kabinet sedang disiapkan tetapi kita telah mulakan skim ini lebih dua tahun lalu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.