Categories
SELANGOR

Semangat sepasukan rencah kejayaan Red Giants

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kejayaan dicipta Selangor ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi, adalah hasil usaha dan semangat sepasukan tinggi dipamer pemain hingga tamat perlawanan.

Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, berkata pemain The Red Giants membuktikan mereka mampu melakukannya bagi meraih kemenangan namun usaha perlu dilakukan bagi menambah ketajaman di bahagian hadapan pasukan.

“Pasukan membuat ‘comeback’ yang baik dalam separuh masa kedua.

sel-pdrm 2“Saya tekankan perkara ini dan pemain menggandakan usaha di mana berjaya menjaringkan gol kemenangan.

“Ini sesuatu yang baik untuk pasukan dan saya mahu mereka terus begini walaupun ketikak kita mendahului atau tidak,” katanya kepada media selepas perlawanan antara Selangor dan PDRM di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Selangor mengalahkan PDRM 2 – 1 hasil jaringan minit terakhir pertahanan import, Ugo Ukah.

Sebelum itu, Ahmad Hazwan Bakti menjaringkan gol penyamaan pada minit 52 bagi memadam pendahuluan PDRM melalui gol dicatat Guilherme De Paula (m28).

Dalam separuh masa pertama, barisan serangan Selangor mencipta beberapa peluang di depan pintu gol PDRM tetapi penyudahan kuran berkesan menghampakan pengurusan pasukan.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, Selangor terus meningkatkan usaha bagi mengatasi kekurangan itu dalam latihan dijalani berikutan perjalan liga masih jauh.

“Peningkatan dalam pasukan ada tetapi kita teruskan usaha sepertimana dapat dilihat hasilnya malam ini (tadi).

“Kita kena ingat jika tak dapat gol, ia adalah satu bencana bagi kita,” katanya menambah Selangor berdepan jadual padat Liga Super dan Piala Malaysia selepas ini.

Bagi pengendali PDRM, Mohd Fauzi Pilus, kelekaan pemain pada minit terakhir perlawanan menghukum pasukan dan terpaksa akur dengan kekalahan kepada Selangor.

“Kita berjaya menyaingi Selangor dalam separuh masa pertama dengan mengatur gerakan berkesan yang memberi tekanan kepada mereka.

“Kombinasi antara pemain juga baik seperti Guilherme De Paula dan Safuan Baharuddin tetapi kurang disiplin di saat akhir membuka ruang Selangor mendapatkan gol kemenangan,” katanya.

Beliau berharap kelemahan itu mampu diperbaiki bagi persiapan PDRM menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Malaysia selepas ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.