Categories
SELANGOR

Sertai perniagaan atas talian jana pendapatan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUL : Masyarakat disaran melibatkan diri dalam perniagaan atas talian bagi menjana lebihan pendapatan, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha.

Beliau berkata, trend penjualan menerusi atas talian kini menjadi trend dan pilihan pengguna keranan tuntutannya yang lebih mesra pengguna dan memudahkan.

“Pengguna kebelakangan ini sudah ramai yg selesa membeli barang keperluan mereka melalui internet.

“Trend ini wajar dimanfaatkan usahawan kerana ada beberapa kelebihan berbanding bisnez di outlet,” katanya.

image (14)Melihat kepada perkembangan tersebut, Haniza menerusi gerak kerja DUN Taman Medan memberi peluang kepada usahawan muda menyertai bengkel Perniagaan Digital, 30 Jun lalu.

Seramai 10 usahawan muda daripada latar belakang berbeza mengambil kesempatan menyertai kursus pengenalan perniagaan digital yang diadakan buat julung kalinya itu.

“Dengan kerjasama MDec, pejabat saya mengadakan Kursus Perniagaan Digital untuk usahawan Hijrah dan masyarakat setempat.

“Testimoni peserta ikuti kursus ini, ada mendapat pulangan lumayan dalam tempoh 4-7 bulan selepas menjalankan bisnez secara online,” katanya.

Sebelum ini, trend perniagaan atas talian dilihat semakin berkembang menerusi medium media sosial seperti Instagram, Facebook dan blog.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.