Categories
SELANGOR

Skuad PANTAS MBSA siap siaga hadapi bencana

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 JUL: 60 warga skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersiap siaga 24 jam ketika cuti perayaan menghadapi kes bencana dan kecemasan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata kesemua mereka bersedia membantu jika perkara di luar jangka berlaku semasa Aidilfitri.

SHAHRINKatanya, skuad PANTAS dibahagikan kepada tiga shift iaitu setiap shift berjangka masa lapan jam.

“Kami sentiasa bersiap sedia membantu agensi keselamatan lain jika diperlukan.

“Walaupun ramai warga kota pulang berhari raya di kampung halaman, MBSA terus komited memberikan perkhidmatan dan bantuan awal jika terjadi bencana,” katanya kepada SelangorKini.

Orang ramai yang ingin memkalumkan kejadian bencana seperti pokok tumbang, banjir serta tanah runtuh, boleh hubungi talian 03-5510 5811.

Mula ditubuhkan pada 2013, PANTAS bertindak sebagai sokongan kepada pasukan polis dan bomba merangkumi aspek logistik, kepakaran dan kebajikan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.