Categories
SELANGOR

Spring Cleaning’ kutipan sampah ‘Raya’ seluruh MPAJ

OLEH: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 JUL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang melaksanakan Program ‘Spring Cleaning’sempena perayaan Aidilfitri bermula 25 Jun lalu, hingga 5 Julai ini.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad, berkata penganjuran program berkenaan melibatkan seluruh kawasan perumahan Ampang Jaya, namun tidak tertakluk di kawasan perindustrian.

Beliau berkata, intipati program turut menekankan kesedaran kepada masyarakat untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan masalah pembuangan sampah, ketika musim perayaan.

MPAJ“MPAJ menyeru penduduk menggunakan kesempatan ini untuk membuang sampah-sampah pukal seperti perabot terpakai, tilam, barangan elektrrik dan sampah secara teratur.

“MPAJ sentiasa mengambil berat isu pembuangan sampah yang ditimbulkan penduduk Ampang Jaya.

“Justeru kami berharap penduduk boleh menjadi matan dan telinga MPAJ bagi mengenalpasti dan menyalurkan sebarang aduan di kawasan kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan.

Penduduk boleh melayari laman web MPAJ di www.mpaj.gov.my atau menghubungi talian bebas tol aduan MPAJ, 1800-22-8100 untuk sebarang pertanyaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.