Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam jadi gelanggang PKNS

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 JUL: Selepas lebih sebulan berehat, PKNS F.C memulakan sambungan Liga Perdana dan perlawanan Piala Malaysia 2016 yang berlangsung dengan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang ketika bermain sebagai tuan rumah.

Pengurus pasukan PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd Rashid, berkata perkara itu disahkan selepas mendapat kelulusan semua pihak bertanggungjawab.

PKNS-FC3-e1464660261546“Sebelum ini kami bermain di Melaka sebagai stadium tuan rumah tetapi dengan menjadikan Stadium Shah Alam ini lebih dekat dan mudah untuk semua pihak termasuk penyokong kami.

“Diharap dengan pertukaran stadium ini membolehkan penyokong PKNS FC datang menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pemain kami,” kata Mahfizul Rusydin ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, PKNS turut mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Kedah pada hari Ahad, jam 10.00 malam di Stadium Shah Alam.

“Semua penyokong dijemput datang menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Kedah.

“Tiada bayaran tiket dikenakan pada perlawanan itu nanti,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.