Categories
SELANGOR

Sukma 2016: Juarai gimnastik, prestasi atlet mengkagumkan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 30 JULAI: Selangor menjuarai acara gimnastik Sukan Malaysia (Sukma) 2016 dengan mengumpul lima emas, dua perak dan empat gangsa dalam saingan tiga hari sukan berkenaan.

Kejayaan dicipta itu amat memberangsangkan dan melepasi sasaran ditetapkan Persatuan Gimnastik Amatur Selangor.

Jurulatih lelaki, Ng Shu Mun, berkata kejayaan dicatat jelas membanggakan pasukan dengan atlet mempamerkan semangat juang tinggi.

“Atlet mempamerkan aksi terpuji untuk memnyumbang pingat buat Selangor.

pasukan gymnastik selangor“Kita amat berpuas hati dan ia melepasi sasaran tiga emas, satu perak dan satu gangsa ditetapkan,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Mantan atlet kebangsaan itu berkata, kejuaraan diraih dengan mengumpul pingat terbanyak adalah bonus bagi pasukan dan Selangor.

Katanya, pasukan gimnastik Selangor disertai sekumpulan atlet muda dan tidak ketinggalan beberapa gimnas kebangsaan.

“Ada yang terbabit dalam Sukma buat kali terakhir dan mereka bersungguh-sungguh untuk berjaya,” katanya.

Jurulatih wanita pula, Nur Ily Ilyana Azmi berkata, persiapn rapi dibuat pasukan membuahkan hasil dan ia memberi semangat kepada atlet junior dalam menghadapi kejohanan akan datang.

“Selepas Sukma ini, kita berehat seketika sebelum kembali berkumpul untuk sesi latihan.

“Atlet kebangsaan akan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) manakala selebihnya akan menyertai latihan negeri,” katanya.

Dalam saingan tiga hari, Pulau Pinang menduduki tempat kedua dengan tiga emas, satu perak dan tiga gangsa manakala Terengganu (ketiga) (tiga emas, satu perak, satu gangsa).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.