Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sukma 2016: Menembak Selangor tepati ramalan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Pasukan menembak Selangor berjaya merangkul empat emas dan terus berjuang menambah bilangan pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 yang berlangsung di Sarawak.

Penolong Pengurusnya, Hayati Shamsuri, berkata atlet menembak Selangor mempamerkan aksi terpuji sejak hari pertama bagi mencapai sasaran ditetapkan.

“Kita berjaya mendapat empat emas dan akan terus berusaha meraih lebih emas dalam baki pertandingan.

SUKMA SELANGOR“Dengan persembahan ditunjukkan atlet mungkin kita boleh mencapai kejayaan,” katanya kepada SelangorKini, di sini.

Semalam, atlet menembak Selangor meraih dua emas dari acara 50 meter rifle prone lelaki dan 10 meter air pistol wanita menjadikan pencapaian pasukan dengan empat emas, lima perak dan dua gangsa sehingga kini.

Selepas ini mereka akan terbabit dalam beberapa acara individu dan pasukan dalam usaha menambah bilangan pingat.

Hayati berkata, walaupun sasaran di Sukma kali ini dipenuhi, namun pasukan akan menyamai pencapaian Sukma 2014 iaitu tujuh emas, enam perak, lapan gangsa.

“Atlet kita akan berusaha dan mencuba yang terbaik,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.