Categories
SELANGOR

SUKMA 2016: Penembak wanita Selangor terus mencabar

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Trio penembak Selangor yakin terus memberikan cabaran bermakna pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 selepas mencapai emas dalam acara 10m air pistol wanita di sini, semalam.

Penembak terbabit, Nurhidayah Zulkifli, Aida Amirah Mohd Sheriff dan Nur Zunaira Zakaria turun ke gelanggang dan membalas kepercayaan pasukan dengan kejayaan berkenaan.

“Walaupun sukar namun kita optimis boleh berjaya dan kerjasama baik menghasilkan kemenangan.

“Kita akan beradu kekuatan lagi dalam acara lain dengan harapan untuk menang,” katanya kepada SelangorKini.

Nur Zunaira berkata, Sukma kali ini adalah yang terakhir bagi mereka dan kemenangan diraih adalah berkat usaha keras serta latihan dijalani.

Penembak Selangor“Kita akan berusaha lagi bagi meraih lebih kejayaan,” katanya.

Salah satu acara bakal disertai trio penembak Selangor ialah 25m sport pistol wanita.

Dalam acara 10m air pistol wanita, mereka mengalahkan trio Terengganu, Ainin Najwa Mazlan, Nur Ashiqin Rossaidi dan Nur Syakira Roseli untuk perak.

Manakala pasukan Sarawak terdiri dari Delphine Chung Qi, Stephanie Sim Shu Ming dan Beatrice Theadora Anak Lises (gangsa).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.