Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sukma 2016: Selangor dahului pungutan pingat

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Selangor terus memberi cabaran hebat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di sini, semalam dengan tambahan kutipan pingat menjadi 42 emas, 52 perak dan 38 gangsa.

Ia meletakkan kontinjen dari Lembah Klang mendahului kutipan pingat keseluruhan mendahului tuan rumah, Sarawak yang mengumpul 41 emas, 23 perak dan 36 gangsa dan juara bertahan, Wilayah Persekutuan (26 emas, 31 perak, 30 gangsa) di tempat ketiga selain Terengganu (keempat) dengan 24 emas, 23 perak dan 29 gangsa.

Saingan pastinya menjadi lebih sengit hari ini dengan Sarawak berusaha kembali merampas kedudukan teratas dan semangat Selangor juga kontinjen lain tentunya tinggi untuk meningkat serta mengukuhkan kedudukan.

SUKMA SELANGORKecemerlangan Selangor semalam terus dicatat di gelanggang renang dengan enam emas serta sukan lain seperti menembak (tiga emas) dan olahraga (dua emas).

Kejayaan itu meniupkan semangat juang tinggi dengan sasaran 48 emas kian hampir.

Selangor meneruskan saingan hari ini dalam beberapa acara antaranya berbasikal, menembak, badminton, boling padang, golf, angkat berat, hoki, skuasy dan sebagainya bagi menambah pungutan pingat.

Pastinya kejayaan dicatat setakat ini memberikan semangat kepada atlet Selangor untuk terus berjuang hingga ke akhir kejohanan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.