Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sukma 2016: Selangor terus hangatkan saingan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 25 JULAI: Saingan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 kian sengit dengan semua kontinjen bertanding terus berusaha meningkatkan cabaran bagi memburu kemenangan dalam pelbagai acara dipertandingkan.

Memasuki hari keempat hari ini, Selangor di tangga kedua dengan 17 emas, 31 perak dan 25 gangsa, akan turun bersaing dalam beberapa acara yang menjanjikan harapan bagi menambah bilangan pingat dalam usaha mencabar kedudukan teratas keseluruhan.

13718807_1089557024420878_1849008607630209923_nKontinjen Merah Kuning dan tuan rumah, Sarawak (20 emas, 12 perak, 20 gangsa) kini di puncak serta juara bertahan, Wilayah Persekutuan (14 emas, 18 perak, 12 gangsa) pada tempat ketiga, terus menghangatkan saingan dalam temasya sukan dwi tahunan ini.

Atlet diletakkan harapan dalam acara disertai hari ini, tentu mendapat inspirasi atas kecemerlangan dicatat rakan senegeri semalam menerusi acara renang, wushu, badminton, berbasikal, angkat berat, memanah dan yang lain.

Saingan dalam acara menembak kategori 10m Air Rifle Wanita dan 50m Pistol Lelaki menjadi sandaran Selangor mencipta kilauan emas di samping boling padang, skuasy, tenis, renang dan akuatik.

Kontinjen 432 atlet Selangor dengan slogan “Smart Selangor Tekad Juara” menyasarkan kutipan 48 pingat emas daripada penyertaan 24 acara disertai dalam edisi kali ini.

Selaku juara lapan kali Sukma, Selangor diyakini mampu mencapai sasaran realistik itu kerana pernah mencatat kutipan lebih tinggi pada edisi lalu.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.