Categories
SELANGOR

SUKMA: Selangor sasar tuai 48 pingat emas

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 JUL: Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, mensasarkan kutipan 48 pingat emas daripada penyertaan 24 acara dalam SUKMA ke-18 Sarawak.

Timbalan Pengarah Pembangunan Sukan MSN Selangor, Mohamad Nizam Marjugi, berkata meskipun Selangor pernah muncul juara keseluruhan dengan jumlah kutipan pingat lebih besar, namun sasaran itu disifatkan sebagai realistik.

SUKMA SELANGOR“Dalam edisi lepas kita berjaya mengutip 38 pingat emas. Sasaran kita realistik berdasarkan saingan yang bakal dipamerkan kontinjen lain.

“Kita jangkakan saingan sengit dari Wilayah Persekutuan, Terengganu dan tuan rumah Sarawak,” katanya kepada Selangor Kini.

Seramai 432 atlet Selangor akan beraksi dengan slogan pasukan ‘Smart Selangor Tekad Juara’ dengan acara renang, menembak dan berbasikal dijangka mampu meraih banyak pingat.

Dalam edisi lalu, Selangor berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan selain berhasrat memperbaiki kedudukan di Sarawak.

SUKMA ke-18 Sarawak bakal berlangsung bermula 22 hingga 31 Julai ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.