Categories
SELANGOR

Sukma2016: Penerjun Selangor raih dua emas acara terjun

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 26 JULAI: Atlet terjun menghadirkan detik ceria bagi kem Selangor dengan melakar kemenangan memungut dua pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Pusat Akuatik Sarawak di sini, hari ini.

Emas pertama diraih Chew Yi Wei dalam acara platform lelaki manakala pasangan Adeline Chin dan Koh Hui Yan menguasai 3m terjun berirama wanita untuk merangkul emas kedua.

AkuatikYi Wei merakamkan terjunan dengan jaya untuk catatan keseluruhan 349.80 mengatasi peserta Sabah, Jellson Jabillin (333.50) (perak) dan penerjun Perak, Muhammad Syafiq (306.00) (gangsa).

Catatan markah 231.36 pula meletakkan Adeline dan Koh sebagai juara meninggalkan dua pasangan pencabar terdekat dari Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Pasangan Wilayah Persekutuan, Ker Yin dan Megan (228.90) terpaksa berpuashati untuk perak manakala Qian Ping dan Eilisha (Sarawak) dengan 206.79 sekadar mengutip gangsa.

Sementara itu, Selangor turut memenangi tiga pingat perak dari acara menembak dan berbasikal lebuhraya.

Penembak, Muhammad Syukri Zulkifli menyumbang satu perak dalam acara 10m air rifle lelaki individu manakala satu lagi perak dari acara 10m air rifle lelaki berpasukan dari Muhammad Syukri, Muhammad Hafiz Zulkifli dan
Muhammad Syukri Azmi.

Dalam berbasikal lebuhraya, Farina Shawati Mohd Adnan pula sampai di garisan penamat acara 48m Criterium Wanita untuk perak ketiga Selangor hari ini.

Pungutan pinggat ‪#‎SUKMA2016‬ sehingga jam 3:00 petang

Pungutan 3

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.