Categories
SELANGOR

Sukma2016: Perenang Selangor kuasai acara akhir, menang empat emas

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 23 JULAI: Seperti dijangka, Selangor memenangi empat emas dari lapan acara akhir renang Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Pusat Akuatik Sarawak di sini petang tadi.

Selain kilauan emas, Selangor juga menambah dengan meraih empat perak dan dua gangsa.

Keempat-empat pingat emas itu diperoleh melalui Nadia Adriana Redza dari 400m individu medley wanita, Caroline Chan Zi Xin (50m kuak lentang wanita), Rosalind Pang (200m gaya bebas wanita) dan Yeap Zheng Yang (200m gaya bebas lelaki).

SUKMA SELANGORZi Xin beraksi cemerlang dalam acara disertai apabila mencatatkan rekod baru 30.18s mengatasi rekod lamanya (30.34s) serta mengatasi rakan senegeri, Amira Fatin untuk tempat kedua (perak).

Pingat perak lain dari Jordan Yap Zhu Ern (400m individu medley lelaki), Shaun Yap Kah Choon (100m kuak dada lelaki) dan Koh Jia Yi (100m kuak dada wanita).

Pencapaian atlet renang Selangor menenggelamkan pencapaian kontinjen negeri lain dengan diikuti Johor (tiga emas) dan Wilayah Persekutuan (satu emas).

Dengan ini, Selangor menambah lima emas menerusi acara akhir renang dan akuatik hari ini untuk terus bersaing dengan pasukan lain dalam pungutan pingat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.