Categories
NASIONAL

Sukma2016 Sarawak bagaikan pesta, satukan pelbagai rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 24 JULAI: Kemeriahan majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 2016 di Stadium Negeri Sarawak, di sini, malam tadi, menggembirakan ramai khususnya rakyat Sarawak.

Biarpun hujan lewat petang hingga ke tengah malam namun ia bukan penghalang untuk orang ramai hadir ke stadium untuk menyaksikan majlis perasmian disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sambil berhibur dengan pelbagai persembahan disajikan.

13718807_1089557024420878_1849008607630209923_nSetiap ruang stadium hampir dipenuhi dan laluan ke venue itu juga berlaku kesesakan dari awal hingga akhir majlis berkenaan.

Rakyat negeri ini nyata berpuas hati dengan sambutan terhadap sukan itu dan berbangga Sarawak terpilih selaku tuan rumah buat kali kedua tahun ini.

Seorang pelajar dikenali Nazril, yang bertugas secara sambilan pada kejohanan ini memaklumkan keadaan bagaikan pesta itu menghadirkan kelainan dan ia membuktikan penyatuan rakyat Sarawak bagi menjayakannya.

“Malam ini istimewa bagi kita semua bila perasmian ini berjalan lancar walaupun hujan membasahi bumi Sarawak.

“Kehadiran ramai atlet termasuk pelancong ketika ini menggembirakan dan ia diharap berterusan dengan Sarawak terpilih lagi untuk acara lain pada masa akan datang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.