Categories
SELANGOR

Sukma2016: Selangor raih emas badminton

KUCHING 25 JULAI : Selangor merangkul pingat emas acara berpasukan lelaki badminton selepas menewaskan Pulau Pinang, 3-0 dalam aksi final di Stadium Tertutup Sibu, di sini.

Bagi kategori wanita pula, Pulau Pinang mengalahkan Selangor, 3-2, untuk pingat emas.

Dalam pada itu, Selangor terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan mata sulung melalui perseorangan pertama, Soo Teck Zhi yang menewaskan Cheam June Wei, 20-22, 21-18, 21-18.

Perlawanan yang diheret set penentuan, berakhir dalam masa sejam 5 minit.
Dominasi Selangor diteruskan apabila pemain perseorangan kedua, Soong Joo Ven, mudah mengalahkan Loh Ze Feng, 21-12, 21-11.

Mata ketiga Selangor diperoleh menerusi R Satheisharan yang menumpaskan Tan Jia Wei, 17-21, 21-14,21-14.

Sementara itu, mata pertama Pulau Pinang diperoleh menerusi Kong Yi Jin yang menumpaskan Crysvia Lim Peiy Zhean dengan mata 8-21, 13-12.

Pemain kebangsaan, Goh Jin Wei pula menewaskan Thinaan Muralitharan dengan mata 12-21, 14-21 dalam masa 33 minit untuk kedudukan 2-0.
Namun, Selangor bangkit di permainan ketiga apabila Payee Lim Peiy Yee berjaya menumpaskan Lim Jing Ning, 21-18, 21-12.

Selangor terus mengutip mata kedua apabila beregu pertama, Teoh Mei Xing dan Thinaah Muralitharan menumpaskan Lee Shun Mei dan Lim Ru Guat, 21-14, 21-10 unuk menyamakan kedudukan 2-2.

Bagaimanapun, Pulau Pinang berjaya mematahkan kebangkitan Selangor melalui beregu kedua, Cheah Yee See dan Lim Jer Lynn yang menundukkan Lee Zhi Qing dan Payee Lim Peiy Yee, 11-21, 11-21.

Jumlah kutipan pingat setakat malam tadi

Kutipan1

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.