Categories
SELANGOR

Sukma2016: Selangor terus beri saingan pasukan lain

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 23 JULAI: Lima acara akhir renang dan akuatik hari ini, menjadi sandaran Selangor bagi mengutip pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

Kemenangan dalam kelima-lima acara itu dijangka bakal mengubah kedudukan Selangor yang kini di tangga keempat dalam pungutan pingat dengan enam emas, 13 perak dan 15 gangsa.

Berlangsung di Pusat Akuatik Sarawak, petang ini, harapan Selangor diletakkan kepada Nadia Adriana Redza yang bertanding dalam dua acara, 200m gaya bebas dan 400m individu medley wanita serta Caroline Chan Zi Xin (100m kuak dada dan 50m kuak lentang wanita).

SUKMA SELANGORTurut ditaruh harapan ialah peserta lelaki, Chew Yi Wei yang akan turun dalam acara akhir 3m papan anjal.

Pada perlawanan bolasepak peringkat kumpulan pagi ini, Selangor berjaya mengalahkan Perlis 1 – 0 hasil jaringan Badrul Amin Rusalan.

Beberapa acara lain juga dilangsungkan hari ini antaranya badminton, berbasikal, boling padang, hoki wanita, bola tampar, pencak silat dan sebagainya.

Setakat semalam, Wilayah Persekutuan mendahului pungutan pingat dengan 11 emas, lapan perak dan lima gangsa.

Tuan rumah, Sarawak (lapan emas, empat perak, sembilan gangsa) di tempat kedua manakala ketiga, Pulau Pinang (lapan emas, tiga perak, sembilan gangsa).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.