Categories
SELANGOR

Sukma2016: Tenis Selangor tepati ramalan, menang emas lelaki berpasukan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 25 JULAI: Selangor menewaskan Negeri Sembilan 2 – 0 dalam perlawanan akhir lelaki berpasukan bagi merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di sini, petang ini.

Menepati ramalan, pasukan lima pemain terdiri dari Ahmad Deedat Abdul Razak, Damien Rocky, Shamizul Shahril, Talhah Rahizam dan Sri Aakash Reddiyar tidak menghadapi laluan sukar mengatasi cabaran lawan dengan kemenangan dua perlawanan perseorangan tanpa balas.

Kemenangan itu sudah memadai bagi Selangor muncul juara dengan perlawanan perseorangan ketiga tidak perlu diteruskan.

344A1967“Kita menjadi pilihan utama untuk muncul juara,” kata Damien gembira kerana Selangor berjaya dengan sasaran ditetapkan.

Persiapan rapi dan kerjasama berpasukan diikuti persembahan bergaya di gelanggang membuahkan kejayan seperti mana diimpikan mereka dan pengurusan pasukan.

“Kita teruja kerana telah berlatih gigih dengan membuat persiapan rapi untuk kemenangan ini.

“Pasukan memang meletakkan sasaran menang emas kerana semua bekerja keras menjalani latihan,” kata Ahmad Deedat pula.

Katanya, kejayaan itu menaikkan semangat untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan individu selepas ini membabitkan mereka.

“Ada perlawanan bagi kategori individu selepas ini dan diharap menang lebih banyak pingat emas.

“Kita harap dapat tiga lagi,” katanya.

Pasukan tenis lelaki dan wanita Selangor turun dalam perlawanan seterusnya seperti perseorangan, beregu dan beregu campuran.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.