Categories
SELANGOR

Sultan cemar duli ke Rumah Terbuka Aidilfitri CIMB

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan CIMB, di St Regis Kuala Lumpur.

Turut berangkat ke majlis itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

SULTANTurut mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketibaan baginda disambut Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Baginda tiba di rumah terbuka itu kira-kira jam 8.30 malam.

Baginda meluangkan masa kira-kira dua jam di majlis yang dihadiri tetamu terdiri daripada kerabat dan kenamaan.

Turut kelihatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.