Categories
SELANGOR

Tak lupa golongan ditindas, UNISEL anjur Projek Raya Rohingya

OLEH : NAZLI IBRAHIM

MERU, 16 JULAI: Menyedari masih ada golongan yang kurang bernasib baik, Universiti Selangor (UNISEL) menghulurkan bantuaan kepada warga Rohingya khususnya golongan kanak-kanak dalam #ProjekRayaRohingya.

Program itu melibatkan pemberian sumbangan makanan, wang tunai dan pelbagai aktiviti lain disertai kira-kira 160 kanak-kanak Rohingya yang belajar di madrasah terbabit.

Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan, berkata program ini merupakan sebahagian daripada program UNISEL Cakna yang menerima sumbangan daripada Permerbadanan Menteri Besar (MBI) dan sokongan daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

rohingya 1“Program ini sebenarnya sebahagian daripada beberapa usaha UNISEL dan Kerajaan Selangor dalam mencapai maksud transformasi di antaranya melahirkan pelajar holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam bidang manusiawi,” kata Amidi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program yang diadakan di Madrasah Al-Islamiah Al-Islahiah Maahad Tahfizul Quran di sini, hari ini.

Jelasnya mangsa kemelut isu Rohingya yang bermula sejak zaman kolonial British itu memerlukan keprihatinan semua lapisan masyarakat kerana ianya membabitkan isu kemanusiaan.

Sementara itu, pada program sehari itu, pelbagai acara diadakan termasuk acara sukaneka, motivasi dan kaunseling di sudut penerapan teori psikologi yang dikendalikan pelajar jurusan psikologi UNISEL.

Program itu turut diakhiri dengan acara gotong royong bagi menceriakan madrasah terbabit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.