Categories
NASIONAL

Terus terang dedah kepincangan skandal 1MDB

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 JUL: Kerajaan Persekutuan dinasihatkan berterus terang terhadap beberapa dakwaan pernah dibangkitkan mengenai firma dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa perlu ‘berbicara manis’ mengenai soal ketelusan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata pembangkang sudah membangkitkan pelbagai dakwaan sebelum ini malah ia turut diperkatakan di luar negara namun masih gagal dijawab sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Isu ketelusuan bukan soal janji mulut sahaja, tidak ada tindakan yang konkrit ditunjukkan bagi menangani isu ini dengan ikhlas.

1MDB-470x270“Kita tidak perlu tunggu penggal (pemerintahan) habis. Kalau betul dia harus mengakui perkara sebenar berlaku dan mula mengambil tindakan kepada pihak terlibat termasuk orang dekat dengan Perdana Menteri malah Perdana Menteri sendiri perlu jawab dakwaan yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan II baru, Datuk Johari Abdul Ghani yang menyebut mahu menjadikan 1MDB sebagai salah satu keutamaannya dan berjanji untuk menyelesaikan masalah itu secara telus.

Johari dilaporkan berkata, beliau mencuba terbaik menyelesaikannya secara profesional dan telus serta bergerak ke hadapan demi membangunkan negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.