Categories
NASIONAL

Tiada keperluan Guan Eng letak jawatan

SHAH ALAM 30 JUN: Jawatankuasa DAP Pulau Pinang memutuskan tiada keperluan Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atau untuk beliau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai Ketua Menteri.

Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang dalam satu kenyataan media menyatakan kedua-dua pertuduhan terhadap Guan Eng adalah pertuduhan tanpa asas dan merupakan pendakwaan bermotifkan politik.

Lim 1Katanya, Jawatankuasa Negeri menyokong sepenuhnya segala usaha untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang memberi jaminan bahawa operasi pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan tidak terjejas oleh pendakwaan tersebut.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.