Categories
NASIONAL

Tiada PRN Pulau Pinang, Pakatan terus tadbir ikut proses demokrasi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 31 JULAI : Tiada pilihanraya (PRN) Pulau Pinang mengejut diadakan selepas rangka perbincangan dimuktamadkan mengenai cadangan itu sebelum ini.

Perkara tersebut disahkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Pulau Pinang, hari ini.

“Keputusan ini dibuat selaras keputusan KEADILAN yang tidak bersetuju untuk diadakan pilihanraya negeri sebagaimana pendirian parti itu.

“DAP tidak bercadang untuk meneruskan pembubaran DUN selepas membuat perbincangan bersama pemimpin tertinggi di peringkat nasional dan negeri,” katanya dalam kenyataan.

13903404_1373633749320738_2270953464978730479_nSebelum ini, satu delegasi KEADILAN dihantar ke Pulau Pinang bagi mengadakan perbincangan tertutup mengenai keputusan DAP untuk mengadakan PRN.

DAP sebelum ini berkata, keputusan tersebut dibuat sebagai tindakbalas kepada sokongan rakyat berhubung pendakwaan politik ke atas Guan Eng.

Pendirian DAP kini senada dengan tuntutan KEADILAN untuk tidak diadakan PRN untuk tempoh sebelum pembubaran DUN negeri dibuat bagi Pilihanraya Umum akan datang.

Bagaimanapun, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mengingatkan agar pentadbiran Putrajaya tidak terus memainkan sentimen tersebut dan melupakan krisis terbesar yang melanda kini melibatkan skandal kewangan syarikat beban hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Walaupun wujudnya tuduhan rasuah terhadap saya, apa yang penting Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya melupakan skandal terbesar yang didedahkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat membabitkan aset dan liabliti 1MDB,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.