Categories
NASIONAL

Tidak adakan PRN Pulau Pinang dialu-alukan, serlah ketokohan Guan Eng

SHAH ALAM 31 JULAI: Keputusan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri tergempar di Pulau Pinang dialu-alukan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata┬ákeputusan ini memperlihatkan ketokohan Lim Guan Eng sebagai pemimpin nasional yang memiliki sikap keterbukaan dan semangat toleransi tinggi sehingga mencapai keputusan sebegini yang menyerlahkan semangat muafakat Pakatan Harapan.

“Saya memahami ia adalah satu keputusan yang sukar. Namun, dengan mengutamakan semangat muafakat ini, Lim Guan Eng memberikan kepimpinan amat diperlukan bagi membangun semula kesatuan dan perpaduan parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

AZMIN-500x357“Saya yakin keputusan ini diterima baik bukan saja rakyat PulauPinang, tetapi juga oleh srakyat Malaysia kerana ia merupakan satu detik baharu ke arah perpaduan seluruh rakyat yang dahagakan perubahan,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.

Beliau berkata Malaysia kini berhadapan dengan kemelut dahsyat akibat daripada kedurjanaan tatakelola kewangan yang menghasilkan musibah sebesar 1MDB.
“KEADILAN dan Pakatan Harapan terus berganding bahu dengan parti politik progresif, masyarakat sivil dan individu komited dengan agenda perubahan untuk menjana gelombang baru dan melakar hala tuju nasional demi mengembalikan maruah negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.