Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

TM Piala Malaysia: Pemain perlu ubah sikap capai misi menang bertemu Pahang

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 JULAI: Selangor perlu kembali bangkit dengan misi mengutip tiga mata penuh berdepan Pahang di Kuantan malam ini dalam aksi Kumpulan B, TM Piala Malaysia.

Pengendali The Red Giants, Zainal Abidin Hassan berkata, kemenangan malam ini bakal mengukuhkan laluan Selangor untuk mara ke peringkat seterusnya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemain supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan.

“Pemain mesti memberikan tumpuan serta bangkit pada perlawanan malam ini dan penting untuk kita mengutip mata selain melupakan kekecewaan lalu.

“Jangan pandang mudah (Pahang) walaupun kita pernah menewaskan lawan,” katanya kepada Selangor Kini.

RED-GIANTS-660x471Selain itu, Zainal Abidin turut menggesa pemainnya meningkatkan mutu permainan terutama dalam memanfaatkan peluang menjaringkan gol.

“Setiap pemain yang bermain esok harus tukar sikap dan berkerja keras untuk pergi jauh. Jangan ulangi kesilapan yang membawa padah,” katanya.

Dalam aksi Liga Super, Selangor menang 1-3 ketika bertandang Stadium Darul Makmur pada Februari lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.