Categories
SELANGOR

Zainal Abidin: Keputusan seri merugikan The Red Giants

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 JULAI: Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan menyifatkan kegagalan Selangor mengutip mata penuh selepas terikat 3-3 menentang Kelantan adalah satu kerugian besar memandangkan mereka beraksi di laman sendiri.

Namun, beliau tetap memuji pemainnya yang mempamerkan peningkatan meskipun diasak hebat Kelantan sehingga penghujung permainan.

ZAINAL ABIDIN“Tumpuan diperlukan ketika permainan di saat akhir. Tetapi kelalaian itu membuatkan kita terlepas dua mata berharga,” katanya.

Zainal berkata, pemainnya berjaya meningkatkan persembahan terutama dari sudut memanfaatkan peluang walaupun akhirnya melepaskan gol di saat akhir selain melakukan kesilapan mudah.

Bercakap pada sidang media selepas perlawanan beliau menjangkakan akan berlaku perubahan pemain dalam perlawanan seterusnya menentang Pulau Pinang disebabkan kecederaan beberapa tonggak.

“Kita perlu mengutip mata untuk mengejar dua pasukan di atas dan kita tidak mahu lagi kehilangan mata.

“Saya mengharapkan pemain mengambil iktibar supaya tidak melepaskan gol mudah seperti aksi malam ini (semalam),” katanya.

Beliau turut memuji aksi penyerang Patrick Ronaldinho Wleh yang mempamerkan kebangkitan dan menjaringkan dua gol selepas menerima segala teguran pada aksi sebelum ini.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.