Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Zainal optimis peluang Red Giants kejar kelompok teratas

OLEH AFIX REDZUAN

GEORGETOWN, 24 JULAI: Selangor percaya masih berpeluang untuk mengejar dua pasukan di kelompok teratas meskipun terpaksa melepaskan dua mata selepas mencatatkan keputusan seri semalam.

Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan berkata, pasukannya optimis untuk terus memberikan saingan hingga ke perlawanan terakhir Liga Super bagi merebut slot kelompok teratas.

Namun, beliau masih kecewa dengan mutu penyudah barisan pemain Selangor yang gagal menyudahkan peluang menjaringkan gol bagi mencipta kemenangan.

RED-GIANTS-300x214“Sekali lagi kita melepaskan peluang keemasan tetapi corak permainan lebih baik dan tersusun.

“Kita membuka banyak ruang untuk mennjaringkan gol tetapi dihampakan dengan jaringan (seri).

“Kita akui jurang sedikit jauh tetapi apa-apa boleh terjadi. Kita teruskan dengan misi mengutip mata, biarlah saat akhir yang menentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus tamat perlawanan selepas terikat 1-1 menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.

Katanya, kepantasan pasukan memperkemas corak permainan selepas ketinggalan pada minit ke-26 menjadi kunci utama kebangkitan Selangor untuk kembali menguasai permainan.

Menyentuh soal perkembangan pemain import Andik Vermansyah, Zainal Abidin menjangkakan beliau akan kembali bersama pasukan dua minggu lagi.

Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal ditangga ketiga dengan 26 mata di belakang pendahulu liga Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.