Categories
SELANGOR

Bas percuma Smart Selangor tak jejas pemandu teksi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 OGOS: Tiada sebarang bantahan rasmi pemandu teksi  terhadap perkhidmatan percuma, Bas Smart Selangor diterima sehingga kini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata Kerajaan Negeri sedia pertimbang tindakan sewajarnya jika terdapat bantahan.

“Kalau betul perkhidmatan itu menjejaskan sangat pemandu teksi, kita sedia batalkan Bas Smart Selangor di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

CP2A8489-800x595“Tetapi saya tidak lihat itu sebagai keadaan sebenar kerana laluan ¬†kita disaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan bukan laluan komersil,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berhubung demonstrasi bantahan pemandu teksi sebelum ini.

Mengulas lanjut, Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) tidak menolak kemungkinan bantahan itu bermotifkan politik.

“Kami tidak terima aduan rasmi namun saya ada menonton di televisyen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tempoh hari.

“Kemungkinan ini sekadar gimik politik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.