Categories
NASIONAL

Anwar fail permohonan halang perlaksanaan Akta MKN

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan bagi menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuatkuasa semalam.

Permohonan itu dibuat menerusi peguam, N Surendran yang mewakili Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi tadi.

Surendran dalam sidang media di Lobi Kompleks Mahkamah berkata, Anwar selaku Plaintif menamakan Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatam Negara (MKN) sebagai Defendan.

“Semalam adalah hari gelap buat Malaysia apabila ia mula dilaksanakan tetapi hari ini Anwar tampil untuk melawan menegakkan kembali demokrasi dalam negara,” katanya.

Hadir sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Wan Azizah berkata, tindakan Anwar ini menunjukkan beliau adalah pemimpin yang benar-benar mahu menegakkan demokrasi berlandaskan Perlembagaan.

“Katakanlah mana-mana tempat diisytiharkan darurat tetapi tidak mendapat persetujuan atau pengetahuan Majlis Raja-Raja ia menunjukkan sesuatu yang tidak kena.

IMG_7763“Dalam Parlembagaan, kita memerlukan Raja Berperlembagaan yang penting untuk negara,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan bersama menggesa Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara yang berkuatkuasa semalam dan menyemak semula saranan Majlis Raja-Raja supaya ia diperhalusi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.