Categories
SELANGOR

150 wanita sertai Kursus Asas Pertahanan Diri

KUALA SELANGOR 17 OGOS: Seramai 150 peserta wanita menyertai Kursus Asas Seni Mempertahankan Diri Wanita 2016 di Dewan Sri Siantan, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan, berkata kursus itu diadakan untuk menyampaikan info kepada golongan wanita tentang pentingnya cara mempertahankan diri apabila berlakunya serangan atau jenayah kepada diri mereka.

“Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering kali menghiasi dada akhbar negara memang menggusarkan masyarakat dan memberi kesan yang mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi mangsa.

“Bak kata pepatah lama, malang itu tidak berbau. Wanita sering dijadikan sasaran oleh mereka yang tidak dikenali malah yang juga dikenali kerana dianggap ‘lemah’ dan mudah diambil kesempatan,”. kata Noraini.

Beliau berkata ilmu mempertahan diri mampu memantapkan daya ketahanan fizikal dan mental selain meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi cemas.

Kursus itu yang dianjurkan MDKS berjaya menghimpunkan peserta wanita yang terdiri daripada pelajar dan Jabatan-Jabatan dalam Daerah Kuala Selangor.

Taklimat disampaikan Ketua Unit Bahagian Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, ASP Ramlee Bakar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.