Categories
SELANGOR

184 terima anugerah pingat kebesaran negeri

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 OGOS : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli menghadiri majlis dan menganugerahkan pingat kebesaran negeri kepada 184 penerima di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, hari.

Penganugerahan pingat pada hari kedua itu dilakukan sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-70 baginda, membabitkan penerima bagi daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Dalam majlis berkenaan, baginda menganugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) kepada 22 penerima, Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) (36), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (104) dan Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) (22).

Mengetuai senarai penerima PPT ialah Sub Inspektor Zakaria Ab Razak, Abdul Qayyum Manan Mustafa dan Ghazali Ab Wahab serta yang lain.

Abdol Lajis Ariffin, Abdul Rahim Raduan dan Abdul Rashid Saman pula mendahului 36 penerima PPC daripada Tuanku Sultan

Meneruskan majlis, baginda menyampaikan PJK dan PPS kepada kumpulan penerima selebihnya hingga selesai.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Semalam, baginda turut menghadiri majlis dan menganugerahkan pingat sama kepada 194 penerima dari daerah Petaling juga Klang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.